Jun 10, 2015
Jan 31, 2015
Rindu hati ini...
Hari ini.... genap 31 hari pemergian bonda tercinta.
Aduh... sunyinya hati....
Tiada suara. Membisu.
Ingin aku khabarkan pada Ma...
"Ma... Ayah tak sihat, demam... Tak berselera nak makan. Apa yang perlu Su hidangkan?" Hanya esakan kedengaran.
"Ma... Pastinya Ayah juga seperti kami... Rindukan Ma..." Jujuran airmata tak mampu diseka alirannya.
Ya Allah...
Tabahkan hati ini...
Ubatilah rindu kami...
Terlalu banyak yang ingin dicerita, tapi tiada bahasa yang mampu disusun untuk menggambarkan sebaknya dada. Sudah melimpah empangan airmata, namun tak tahu dimana harus dialirkan luahan rasa. Terasa serak suara ini menahan tangis yang tak bernada... mengharapkan ini semua hanya mimpi semata.
Sungguh... Perpisahan 1.1.15 ini terasa begitu perit sekali...
Buat ibu mertua yang amat ku sayangi, insan istimewa yang sudi menerima diri dan melayaniku bagai anak sendiri
Terima kasih kerana mengisi kekosongan hati yang kerinduan kasih bonda setiap hari
Terima kasih kerana menurunkan segala ilmu kehidupan yang amat bererti
Terima kasih kerana tidak pernah mengungkit kekurangan diri
Terima kasih kerana sudi berkongsi segala yang dimiliki
Terima kasih kerana tidak pernah mengenepikan diri ini dari segenap segi
Terima kasih kerana menceriakan hidup ini dengan usik tawa yang menghiasi taman hati
Terima kasih kerana sentiasa setia mendengar luahan rasa sepi
Terima kasih kerana tidak pernah letih memaafkan kesilapan diri ini, malah selalu mengajar untuk memperbaiki diri
Buat insan yang terlalu bermakna dalam hidup ini
Che Esah binti Aminah @ Che Esah Binti Che Mamat
Terima kasih atas segalanya...
Halalkan kasih sayang dan ilmu yang pernah diberi kepada menantumu ini
Dan maafkan Su andai ada ketidaksempurnaan sepanjang tempoh diri ini menjadi ahli keluarga Ma
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....
Tempatkan dia di kalangan hambaMu yang Kau redhai
Tempatkan dia di kalangan mereka yang Kau kasihi
Tempatkan dia di kalangan mereka yang Kau lindungi
Tempatkan dia di syurgaMu yang paling indah sekali
Lapangkanlah ruang kuburnya agar dia selesa di alam sana
Permudahkanlah hisabnya agar dia segera ditemani bidadara syurga
Andai ada kekurangan dalam ibadatnya, Kau terimalah ia dalam keadaan sempurna Ya Allah...
Andai ada keaibannya yang hanya Kau ketahui, sembunyikan ia Ya Allah...
Andai ada dosa-dosanya yang belum Kau hapuskan, ampuni dia Ya Allah...
Andai ada silap dan salah yang belum sempat dipohon kemaafan, lembutkan hati mereka untuk memaafkannya Ya Allah...
Andai ada doa-doanya yang belum dimakbulkan, Kau sampaikanlah hajatnya Ya Allah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Waduud...
Tuhan yang Maha Melimpah Kasih Sayang, Yang Maha Menguasai Cinta...
Terima kasih kerana mengizinkan aku menikmati kasihMu melalui dia yang bergelar ibu mertua...
Mohon padaMu Ya Waliyy, peliharalah dia, lindungi dia, kasihi dia, anugerahi dia dengan segala kebaikan dan kelebihan sebagai hambaMu penghuni syurga...
Ya Allah... Temukan kami kembali di Syurga Firdausi...
Tuhan... Kabulkanlah doaku ini...
Nota : Teringat sayunya suara suami yang memegang cangkul yang penuh lumpur, menolak tanah memenuhi liang lahad bonda tersayang sambil berkata... "Hari ini harijadi abg..."
02.01.15 - Wahai suami... maafkan isterimu ini kerana tidak mampu menzahirkan ucapan selamat hari lahir seperti tahun-tahun sebelumnya...

Jul 28, 2014
Mar 22, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)