Jun 11, 2009
Jun 2, 2009
Perjalanan Umrah 5/5 - 13/5
Memulakan perjalanan ke tanah suci dengan restu dan doa dari ayah dan ma. Ma... ayah... terima kasih sbb sudi menghantar kami... Err... Mat jugak. Cameraman mana ada dlm gambar, kan? Hehe...
Ni masa dlm flight nak ke Bahrain. Sendiri ambik gambar, sbb nak mintak tolong org lain, tak kenal lagi. Ok gak kan?
Walaupun apartment 3 bilik, tapi selesanya mengalahkan hotel tau... Complete macam rumah, cuma tak sempat nak beli sayur dan lauk untuk masak je. Heh...
Breakfast di Bahrain. Telur ayamnya sekulit dengan telur itek kat Malaysia. Warna putih dan besar...
Dari lapangan terbang, naik bas ke Makkah. Berenti tgh jalan kejap, beli air mineral water, kebab dan fruit cocktail. Kebab dan fruit cocktail tu mmg sedap sangat.
Inilah rupa nasi Arabnya. Simple je, ayam panggang dan ikan goreng. Nasinya ada rasa sikit... dah campur dgn garam dan minyak kot. Tapi bukan rasa macam nasi minyak. Lada bsarnya mmg pedas. Apapun... nasi ni mmg sedap.
Ini gambar dgn salah seorang roommate Nasrom, Pakcik Salleh. Masa ni, pukul 12 malam lebih, masa baru sampai kat masjid Nabawi. Org lain dah masuk bilik, tapi kami buat ziarah tak rasmi kat Masjid Nabawi. Kubah hijau tu adalah tanda terletaknya makam nabi yg ada dlm masjid.
Ini masa ziarah kat masjid Quba', iaitu antara masjid yg terawal di bina. Solat 2 rakaat di masjid ni, bersamaan dgn satu umrah. Masjid ni di bina ketika nabi nak merhijrah dari Makkah ke Madinah.
Dalam ladang kurma tu ada kedai yg menjual banyak kurma yg pelbagai jenis. Masa ni boleh makan sebanyak mana kurma yang terlarat.
Inilah rupa buah kurma fresh. Kata org arab yg jual kat kedai tu..."Satu.. halal. Dua...halal. Tiga..haram." Maksudnya boleh try setakat dua biji sorang je, selebihnya dia tak halalkan. Hehe...
Ini jalan menuju ke Masjidil Haram masa kat Makkah. Kat belakang tu, dah nampak masjidnya. Lebih kurang 300 meter jarak hotel yang kami tinggal dgn Masjidil Haram.
Ini masa berada di luar kawasan Masjidil Haram. Dekat kawasan Hilton. Ramai orang kulit hitam menjual barang dagangan spt inai, kain tudung, selipar, alas meja, baju dsb...
Masa naik unta ni, ada seorang makcik dok sblh su dan kata... "Rasa macam nak kenal org atas unta tu... sapa ye?"... Su gelak besar sbb dia dah tak cam rupa Nasrom slps tak berambut. Haha...
Berganbar bersama mutawif. Ini lawatan kat dlm muzium Kaabah. Dalam muzium ni, kebanyakan barangnya adalah binaan lama Ka'abah.
Susu unta!!! Segar dari ladang! Percuma untuk minum masa tu je. Tapi org yg perutnya sensitif, tak boleh minum banyak, nanti.. burrrr... tak pepasal cirit birit.
Dari luar Masjidil Haram, dari pintu Babus Salam... Selepas hampir seminggu di Makkah, muka dah mula nampak hangus... mana taknya, dok berjemur, solat berhampiran Kaabah dan tawaf masa tengah hari. Masa tengahari, orang tak ramai sangat sbb panas. Tapi bagusnya, badan tak rasa panas dan rimas walaupun peluh meleleh... Alhamdulillah.
u suka gambar ni... Masjidil Haram nampak cantik sangat. Pandangan sebenar lebih cantik dari dalam gambar.
Dari pintu Raja Abdul Aziz... Selepas melakukan tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal. Tu yg bersolek sikit tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)