Sep 16, 2010

Raya ke6&7 - Nazul Nadiah (Import Menantu)

Malam yang sibuk.
Rajinnye anak dara nih... Ada sesapa nak booking buat menantu?

Operasi mengacau 'beleda' oleh ayah su untuk hidangan hari esok.

Sentuhan terakhir. Menyiapkan bunga telor untuk para jemputan.

"Kenapa telor Yati ni terbalik ye?" Kak Long musykil.

Kerahan tenaga seawal pagi.

Uh... Mak Su Oni tu tumpang posing je tu.

Diperkenalkan.... Chief Chef aka 'jong gulai'... Ayah Ngah!!

Jawatan : Jong kuca (kacau) - Ipi!!!!
Jawatan : Assistant Chef, Nyoh!!! Sesekali dan sokmo berebut kuasa dengan Chief Chef.

Jawatan : Jong tunggeng... Cik Auk!!

Ini action je lebih. Jawatan: Jong try je la...

Musafir mana ni? Siap dengan bantal busuk lagi tu...

Pengantin makan dalam tray?
Fuhh... Dahsyat tu... Jangan sampai mak mertua nampak Mat oi...

Ayahanda menyambut kedatangan menantu baru.

Pengapit berseluar pendek dan berpayungkan bulan? Haha...
Dengan ini jawatan pengapit yang dipegang oleh Zakiran dilucutkan serta merta!

Menyambut kedatangan isteri baru... ops... isteri yang baru dinikahi. Moga menjadi hanya yang pertama dan terakhir... Amin.

"Cik Yah... nak duit raya!"

"Tangan Ayah Mat bau ayam goreng la... Ini mesti sebab tadi makan habis se tray..."
"Syy.... Kakak jangan pecah rahsia..."

Bersama Cik Dah.

Anak-anak saudara menyambut kedatangan Cik Yah yang lawa.

Sopan bersimpuh melayan dan menunggu tetamu yang mahu mengenali menantu baru.

Itik serati tertelan rambutan
Burung hantu tidur tak lena
Sama cantik sama padan
Semoga bahagia kekal selamanya

Anak lembu belajar melompat
Anak katak belajar mengaum
Kasih dan sayang cinta ditatap
Restu keluarga jadikan penaung

Sirih junjung menatang adab
Tembakau sentel pemanis mulut
Kasih suami dambaan sikap
Cinta isteri setia dituntut
Buat Nadiah,
Selamat menyertai keluarga kami,
Kedatanganmu menambah seri family Mohd Nawi

Buat Mohd Nazul Amli,
Selamat memikul tanggungjawab sebagai seorang suami
Bahtera keluarga harus bijak dilayari


Ingat,
Perkahwinan boleh dimulakan oleh sebuah cinta, tetapi hanya disempurnakan oleh satu tanggung jawab.

Sep 13, 2010

Raya keempat - Nazul Nadiah (Gulai penyu!??)


Bangun!!! Siap cepat, nanti kena tinggal.

"Berapa buah kereta yang tak sampai lagi ni?"

Sabar menunggu semua rombongan sampai.

"Dah lapar ke? Nah, makan telor ni dulu."
"Nak telor penyu!!! Kite kang dok kat Teganung nih"

"Sementara menunggu ahli rombongan sampai, kita posing dulu!"

Baju tak berlengan, macam pahlawan zaman dulu je, kan? Err... stoking baru ke tu. Ada bau la... Ahaks...

Si kecil yang menjadi tumpuan.

"Teringat masa kita kawin dulu..."

Antara hantaran yang bakal di serahkan pada pengantin perempuan.

"Ehh... kain sampin aku koyak ke?"

Ayah Ngah mengatur barisan rombongan.

Hantaran yang paling berat dan paling ringan.

Melangkah penuh semangat! Panas lit lit.

"Rasa nak ungga jah... Jale lambat sangat."
"Sabar, sabar... Aku tahu la mu lapar. Tapi kita kena la kontrol macho sikit. Ramai anak dara kat rumah tu mu tahu dok."

Ciuman selamat datang buat suami.

Acara mengintai pengantin bersanding.

Bersama Kak Long dan Abang Long

Di apit oleh Abang Ari sekeluarga.

Cinta yang direstui ayah bonda kedua belah pihak.

"Nak ambik gambar dgn ayah Mat dan Cik Yah!"

Pelukan syahdu kasih bonda.


"Dah kawin anak bongsu aku nih..."

Doa mengiringi mahligai baru yang dibina, semoga kekal bahagia dunia dan akhirat.

Doa makan mengucapkan syukur dan memohon berkat atas rezeki yang dikurniakan.
Ibu bapa pengantin perempuan.
Ayah bonda pengantin lelaki.
Nak kena beli kereta ni sebijik kat rumah, barulah abang ngah dan alin berselera makan.

Singgah makan di Tok Bali semasa pulang.

Senja yang mendamaikan di Tok Bali.