Dec 12, 2008

Sekitar Raya Korban 2008

Berkumpul sebelum acara korban bermula.

Juara lambat melaporkan diri raya kali ni ialah Cik Auk. Nyoh naik darah. Sabar.. sabar...Hehe..

Bergaya dgn hadiah raya dari seberang. Kopiah dan tudung kiriman Ayah Pi.

Husna pun Ayah Pi kirim tudung gak!

Penonton-penonton acara korban yang dapat tiket duduk dan juga berdiri.

Ini tiket khas atas tangga.

Acara bermula. Lembu direbahkan. Kakinya diikat.

Tumbangnya lembu pertama untuk raya korban.

Bismillah hirrahman nirrahim... Cayalah ayah, sembelih dgn penuh bergaya.

Hai Mat, berpimpin tangan dgn lembu yang dah rebah, apa kelasss... kekeke

Bergaya lebih-lebih lah pulak... Mana pisaunya? hahaha

Errkk... Abg Ari doktor pakar bedah... lembu ke?

Ini betul dok melapah ke... atau aksi je lebih Mat ooii? Tahun ni, dua ekor dikorbankan.

Melantak selepas keletihan mengerjakan lembu. Berselera sungguh makan daging fresh!

Sedapnya ma tok masak, habis sepinggan Nabil makan.

Lauk tambah please!!! Abang long nak makan ni!!...

Inilah yang perabih lauk daging goreng mak long ye?

Abang Long makan dgn berseleranya dikelilingi oleh lauk-pauk yg masih fresh. Hihi...

Lepak-lepak lepas makan.


Dec 7, 2008

Jamuan Makan Malam Raya.

Ooo... ini lah yg tukang bakar ayam ye! Memang ada gaya. Caya lah Mat!

Sila... Sila... Silalah mentekedarah...

Inilah pasangan yg menjuarai acara makan-makan malam raya!!!

Peace.... Opss... apasal Nabil punya 'peace' guna lima jari?
Husna sebelum makan. Bergaun ayu je...
Husna selepas makan, dengan posing seksi kekenyangan.

Nabil sibuk dgn kapal kertas.

Nov 22, 2008

Bercuti di Cameron Highland.

Amboi! Bergaya sakan anak dara ni!

Berhenti sekejap di Lata Iskandar, sebelum sampai ke Cameron Highland. Airnya sejuk!!! Dan jernih sangat. Lokman gian nak mandi lagi, terus basahkan kepalanya dgn air.

Nak tangkap ikan ke?

Anak manja abah.

Berhenti di Boh Bharat sekejap, ambik angin dan tengok ladang teh dari jauh.

Husna takut nak tunggang Pikachiu yang bergerak. Nabil pun tak nak. Nasib baik Andeen dah besar, kalau tak mesti dia nak naik. Betul tak kakak?

Melepaskan lelah kat di taman dalam kedai. Masa survey pokok-pokok yang nak di bawak balik untuk Cik Auk yang akan sertai pertandingan rumah hijau. Beli pokok terung, pokok cili, stawberry dan beberapa pokok lain.

Berkumpul dalam bilik hotel. 4 bilik di sewa. Ma, ayah, Su dan Yom sebilik. Liza anak beranak satu bilik. Abang Ari sekeluarga + Din sebilik. Dan Ayah Ngah sekeluarga sebilik.

Amboi... amboi... Landing sakan nampak!




Bergambar kat depan Heritage Hotel sebelum balik.

Sebenarnya Nabil nak ambik gambar dgn kren kat belakang tu.

"Una tomey!" Kata Nabil nak bodek lolipop.

Ngap! Cedapnyeee!!!

Berehat selepas shopping bunga kat MARDI

Sebelum balik, shopping sayur lak.

Orang lain dah balik, kami naik bukit cari teh songket lak. Belakang tu ladang teh Boh.