Sep 12, 2010

Raya ketiga - Nazul Nadiah (Kontrak Cinta)


Berangkat ke rumah pengantin perempuan.

Err... ayah ngah hensem bersampin, boleh tertukar dgn pengantin cam ni...

Buah tangan semasa akad nikah... termasuk mas kawin...

"Dah baca ayat penenang hati yang ayah ngah ajar tadi?"

"Tok imam, tolong nikahkah anak saya ya!"

Menandatangani kontrak cinta sepanjang usia.

Sebahagian dari keluarga yang menjadi saksi termeterainya satu ikatan. Khusyuk dok dengar tazkirah ni... Intai sikit, ada yang tertidur ke?

"Aku terima nikahnya tok imam dengan mas kahwin.... opss... "
"Amin..."
Alhamdulillah....

"Jaga anak ayah betul-betul ya..." Salam restu menantu baru.

"Kita bukak akaun bersama nak..?"

Senyuman gembira pengantin baru.

Kini... suami dan isteri.
Menyambut salam cinta dari si dia yang kini bergelar suami.
Bukan sekadar ikatan gelang... tapi ikatan tanggungjawab yang menambat.

Cincin penanda diri dah berpunya.
Kucupan rasmi yang mengikat dua jiwa.
Insan-insan yang disatukan dan menyatukan... dengan izin Allah jua.

Semoga Allah memberikan keberkatan dan kebaikan kepada pasangan pengantin dan keluarga. Nadiah, selamat menyertai keluarga kami...

"Erm... apasal tangan bau gulai ikang ni...?"
"Baru lepah makang nasi dagang la bang..."
"Lawa menantu aku nih...."

Selera betul pengantin kita nih.... Maklumlah, debaran dah berakhir...

Sep 11, 2010

Raya Kedua

Suasana kat dapur Nyoh pada hari raya kedua. Hari kenduri la ni...

Anak-anak dara sedang berbaris memasang senyum. Sesambil tu mengintai calon-calon yg agak-agak berpotensi, kan? Hahaha...

Haa..... ini pun boleh jadi calon jugak ni... Hensem tu...

Sila... sila...

Kamcingnya dia....

Pengantin dah sampai....

Jurugambar tak berbayar...

Tema pink dari pihak lelaki...

Rakaman sedang berlangsung...

Ulat beluncas jadi pak pacak
Burung puyuh tidur ternganga
Daranya cantik terunanya kacak
Di atas pelamin diganding bersama

Ikatan akad jalinan cinta
Di iring restu ayah dan bonda


Apasal masam je ni...

Sep 10, 2010

Raya Pertama

Wajah Alin di pagi raya. Punyalah payah nak kejut dia bangun sebab biasanya bangun pukul 11, tapi hari ni pukul 9 lebih dah kena bangun.

Kakak dan abang ngah buat apa tu? Kira duit raya ke?

Kan hensem tu!

Ustaz Nazipi berwajah ceria di pagi raya.

Bakal pengantin.

Makin kurus la Din ni dok asrama. Mahu tak kurus, makan sekali sehari je.

Balik dari solat sunat Aidilfitri.

Alin yang dah mandi.

Tengok apa tu?

3 beranak berwarna sedondon... kek pun warna sama jugak!
Baru pulang dari Jawa ya mas?
Haji dan Hajjah....
Manis senyuman kak Adneen nih...
Mengimbau kenangan masa kawin dulu ke Ja? Jauh je renungan tuh..
Maksu Oni menguasai ruang legar dengan simpuhan sopannya.

Dah jadi bini orang la Cikgu Farina kita ni...

Menunggu majlis akad nikah bermula.

Di belakang tabir... Sibuk menyiapkan menu jamuan.

Gaya klasik Cik Aya mengacau gulai...

Aku terima nikahnya.... Lafaz bermula mengikat jiwa. Alhamdulillah...

Sep 9, 2010

29 Ramadhan 1431 / 09.09.10

Malam Raya - seronok bergelumang dgn snacks dan sweets untuk 'siso' kenduri kawin nanti
Ayah Su tidur keletihan.

Seronok main, makannya tak pun...

Jun 12, 2010