04/06/09 - Hari ini dalam sejarah. Kali pertama kereta kami accident dalam perjalanan balik ke Kel, selepas Gua Musang, pukul 6 pagi. Masa kejadian tu berlaku, lembu tu sebenarnya dah terbaring kaku sbb kami adalah kereta ketiga yang merempuh lembu tu. Kereta nampak tak teruk tapi injin kat dalam retak. Workshop nak claim insurance RM12K. Dah 3 bulan lebih, kereta masih kat ICU (workshop). Huhu...
Inilah lembu yang menjadi mangsa. Tuannya tak datang jengok, tak mengaku sehinggalah kami beredar balik lebih kurang pukul 2 petang. Hish... nak pelihara lembu tapi tak tambat...
Mangsa kemalangan. Huhu... Berehat di tepi ladang kelapa sawit. Sib baik ada tikar, boleh gak le baring kejap sementara menunggu bantuan dari abg Long dan abg Ari sampai. Thks abg Long... TQ abg Ari atas susah payah kalian membantu kami...