Jul 21, 2009

Gelagat Si Manja...

Bestnya Alin tido...

Lena sungguh...

"Ish... apa yang bunyi ni? Ohh... orang tido pun ambik gambar gak?"

Arrghhh... ganggu orang tido je lah...

Orang geram ni!!!

"Errr... jap. Nak berhanbar kena senyum dulu ye!?"

"Umi... kalau nak tengok gambar, kena tekan macam ni..."

"Papa, kita sama-sama tak pakai baju... hehe."

Kakak mithali... Errr... ada ke istilah tu?

Rindu nak pegang dan peluk Alin...

Khusyuknya... Tengok apa tu?

Laa.... tengok ini rupanya... Haha

Tragedi June... Lembu punya pasal.

04/06/09 - Hari ini dalam sejarah. Kali pertama kereta kami accident dalam perjalanan balik ke Kel, selepas Gua Musang, pukul 6 pagi. Masa kejadian tu berlaku, lembu tu sebenarnya dah terbaring kaku sbb kami adalah kereta ketiga yang merempuh lembu tu. Kereta nampak tak teruk tapi injin kat dalam retak. Workshop nak claim insurance RM12K. Dah 3 bulan lebih, kereta masih kat ICU (workshop). Huhu...

Inilah lembu yang menjadi mangsa. Tuannya tak datang jengok, tak mengaku sehinggalah kami beredar balik lebih kurang pukul 2 petang. Hish... nak pelihara lembu tapi tak tambat...

Mangsa kemalangan. Huhu... Berehat di tepi ladang kelapa sawit. Sib baik ada tikar, boleh gak le baring kejap sementara menunggu bantuan dari abg Long dan abg Ari sampai. Thks abg Long... TQ abg Ari atas susah payah kalian membantu kami...

Mat menyambung tdur yang terganggu... Cantik betul tempat baring... haha

Jul 12, 2009

Daftar Mat dan Zakiran

Cari... jgn tak cari... Kalau itu benar beg doraemon, mesti ada apa yang Mat nak... Haha

"Errr... nama saya ialah Mohd Nazul Amli... Tak kan tak de dalam senarai kot. Saya famous tau kat UiTM ni.."

Special sugguh meja makan Cik Auk... Hehe

Makan sampai kenyang ye!

Sempat lagi berposing masa nak makan tu... Ish.. Ish...

Tukang masak import dari Kelantan... Tetamu kena masak sendiri... Hoho

Rombongan Cik Kiah... ops... silap. Cikgu Rahmah lah...

Daftar Zakiran di BMI, UniKL. Tuan punya diri tak de dalam gambar sbb sibuk dgn pendaftaran. Haha

Jun 2, 2009

Perjalanan Umrah 5/5 - 13/5

Memulakan perjalanan ke tanah suci dengan restu dan doa dari ayah dan ma. Ma... ayah... terima kasih sbb sudi menghantar kami... Err... Mat jugak. Cameraman mana ada dlm gambar, kan? Hehe...

Tag umrah dari Andalusia.

Ehh... nak tunjuk jugak? Hehe

Ni masa dlm flight nak ke Bahrain. Sendiri ambik gambar, sbb nak mintak tolong org lain, tak kenal lagi. Ok gak kan?

Depan hotel di Bahrain... Tapi bukan hotel ni yang kami menginap. Hehe...

Walaupun apartment 3 bilik, tapi selesanya mengalahkan hotel tau... Complete macam rumah, cuma tak sempat nak beli sayur dan lauk untuk masak je. Heh...

Housemate. Dari kanan... Kak Siti, Makcik Hamizun dan Makcik Siti Hajar.

Breakfast di Bahrain. Telur ayamnya sekulit dengan telur itek kat Malaysia. Warna putih dan besar...

Masa nak naik flight dari Bahrain ke Madinah.

Dari lapangan terbang, naik bas ke Makkah. Berenti tgh jalan kejap, beli air mineral water, kebab dan fruit cocktail. Kebab dan fruit cocktail tu mmg sedap sangat.

Inilah rupa nasi Arabnya. Simple je, ayam panggang dan ikan goreng. Nasinya ada rasa sikit... dah campur dgn garam dan minyak kot. Tapi bukan rasa macam nasi minyak. Lada bsarnya mmg pedas. Apapun... nasi ni mmg sedap.

Ini gambar dgn salah seorang roommate Nasrom, Pakcik Salleh. Masa ni, pukul 12 malam lebih, masa baru sampai kat masjid Nabawi. Org lain dah masuk bilik, tapi kami buat ziarah tak rasmi kat Masjid Nabawi. Kubah hijau tu adalah tanda terletaknya makam nabi yg ada dlm masjid.

Ini masa ziarah kat masjid Quba', iaitu antara masjid yg terawal di bina. Solat 2 rakaat di masjid ni, bersamaan dgn satu umrah. Masjid ni di bina ketika nabi nak merhijrah dari Makkah ke Madinah.

Tu buah timun cina tau. Besar buahnya... Isinya merah macam buah timun cina kat M'sia je.

Dalam ladang kurma tu ada kedai yg menjual banyak kurma yg pelbagai jenis. Masa ni boleh makan sebanyak mana kurma yang terlarat.

Tasbih gergasi yang turut dijual.

Ini masa melawat ladang kurma. Macam ladang kelapa sawit je sbnrnya, tapi lebih terjaga.

Inilah rupa buah kurma fresh. Kata org arab yg jual kat kedai tu..."Satu.. halal. Dua...halal. Tiga..haram." Maksudnya boleh try setakat dua biji sorang je, selebihnya dia tak halalkan. Hehe...
Ini jalan menuju ke Masjidil Haram masa kat Makkah. Kat belakang tu, dah nampak masjidnya. Lebih kurang 300 meter jarak hotel yang kami tinggal dgn Masjidil Haram.

Bergambar dari tingkat 2. Nampak Ka'abah dengan jelas. Best sangat!

Ini masa berada di luar kawasan Masjidil Haram. Dekat kawasan Hilton. Ramai orang kulit hitam menjual barang dagangan spt inai, kain tudung, selipar, alas meja, baju dsb...

Masa nak pergi miqat (berniat) sebelum buat umrah.

Hencem tak tanpa misai? Kekeke...

Taraaaa.... Selepas dibotakkan... Hehehe

Masa naik unta ni, ada seorang makcik dok sblh su dan kata... "Rasa macam nak kenal org atas unta tu... sapa ye?"... Su gelak besar sbb dia dah tak cam rupa Nasrom slps tak berambut. Haha...

Inilah pandangan dari bawah tangga menuju ke Jabal Rahmah.

Berganbar bersama mutawif. Ini lawatan kat dlm muzium Kaabah. Dalam muzium ni, kebanyakan barangnya adalah binaan lama Ka'abah.

Tangga ni dipanggil mimbar Rasulullah.

Susu unta!!! Segar dari ladang! Percuma untuk minum masa tu je. Tapi org yg perutnya sensitif, tak boleh minum banyak, nanti.. burrrr... tak pepasal cirit birit.

Iklan susu unta oleh Syeikh Nasrom Al Nawi... Hehehe

Dari luar Masjidil Haram, dari pintu Babus Salam... Selepas hampir seminggu di Makkah, muka dah mula nampak hangus... mana taknya, dok berjemur, solat berhampiran Kaabah dan tawaf masa tengah hari. Masa tengahari, orang tak ramai sangat sbb panas. Tapi bagusnya, badan tak rasa panas dan rimas walaupun peluh meleleh... Alhamdulillah.

u suka gambar ni... Masjidil Haram nampak cantik sangat. Pandangan sebenar lebih cantik dari dalam gambar.
Bergambar di depan Kaabah...

Dari pintu Raja Abdul Aziz... Selepas melakukan tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal. Tu yg bersolek sikit tu.

Ayah su bergambar bersama jemaah lelaki di Laut Merah yang tak nampak merah pun... Ustaz cerita, ia dinamakan Laut Merah sbab masa dulu berlaku peperangan yang amat dasyat sehingga laut menjadi merah akibat campuran darah.

Ini dah sampai KLIA nih... Syukur... kami selamat pulang, membaru kenangan manis dari Tanah suci.